Hye cutie pie!
Okay,kenapa eh tiba-tiba je update something yang macam ni? Waddehek,suka hati lah kan. Sendiri punya blog,kalau banyak songeh sangat tak payah baca. Kepada siapa-siapa yang ada girlfrend boleh mempraktikkan segala bagai kat bawah ni and yang ada boyfrend boleh suruh boyfrend baca,muahahaha :D Ehem,kalau yang takde boyfrend,baca jelah and kalau tak sanggup nak baca,fineee tak payah lah baca,susah hapeeee. Memandangkan saya seorang yang tabah dan perkasa,saya boleh baca entry ni dengan senang hati,cehhh kononnya kann =.=' Ahhh mengarutt. :D Actually sebab boringgg tahap dewa malam ni taktau nak buat apa,so apa kata kita update blog dengan something yang agak berguna macam ni. Hehe
1) Ingat tarikh penting
Ok. perempuan ni, dia agak sentimental dalam bab2 tarikh.jangan sesekali lupa tarikh yang dia rasa penting.bagi dia ok.bukan korang. kalau bagi korang kot2 tarikh yang dia jatuh tersungkur dalam parit sambil diperhatikan orang ramai pon korang rasa penting kot. oh jangan buat macam tu.paham anak2? contohnya ingat lah birthday dia. kalau korang ni memang dasar pelupa pon, silalah set kan dalam alarm hp korang tu. apa guna ada iphone ,bb bagai kan kan? kalau boleh be the first person to wish her! kalau korang lupa..jangan tanya kenapa muka gf korang tu monyokkkkk je. *p/s: semalam birthday aku. (sambil angkat2 kening ;p)
![]() |
| buat reminder macam ni pon ok. disamping itu anda juga boleh ingat semua besday kawan2 anda. bagus bukan? |
2) Jangan compare dia dengan orang lain
ini adalah perkara paling pantang ok? jangan sesekali compare dia dengan orang lain terutamanya ex korang. sebenarnya perempuan ni akan rasa tergugat bila dapat tau yg bf dia ada ex. ye lah risau bf dia masih sayang kat ex dia dan yg paling buat dia risau bila ex korang lagi hot daripada dia. please avoid these:
"u ni teruk lah. dulu ex i tak de pon macam u."
"u, cuba u tengok si polan tu. cuba u jadi macam dia. dia cantik. tinggi. sweet. lain dengan u. u kena pandai bergaya sikit lah. cuba pakai bla bla bla"
![]() |
| contoh:kiri awek korang. kanan awek lain tapi korang comparekan mereka berdua. tidakkah anda rasa diri anda kejam?mahu tak kecik hati? |
terimalah dia seadanya. jangan cuba ubah dia jadi orang lain kalau bukan dengan kerelaan hati dia. korang yg decide nak couple dengan dia, so u must accept her for what she is.paham?
3) Sweet talk? euwwww!
tak salah kalau korang nak bermanis mulut ni. tapi jangan lah terlampau over sampai korang terpaksa menipu diri sendiri untuk menggembirakan hati gf korang tu. kalau nak puji ke apa pun, biar semua benda tu reality. benda betol.ok? sebab mungkin orang lain tak rasa macam apa yg korang cakap tu. bila dia tau the truth dia akan kecewa dengan korang.
![]() |
| tak baik tipu tau! |
4)Kenalkan dia dengan kawan-kawan korang.
oh ni bukan sebab nak mencapab ke apa ok? or nak ngorat kawan korang ke apa. perempuan akan rasa lebih dihargai bila korang perkenalkan dia sebagai someone special kat kawan2 korang.degan ini dia tahu yg korang jujur dan ikhlas dengan dia. jangan sesekali menipu depan kawan korang yang dia tu adalah kakak korang. or adik perempuan.or kawan perempuan biasa yg tak special langsung mahupun nenek korang. lagi satu at least dia dapat tahu dengan siapa korang berkawan. elok ke tak perangai kawan2 korang tu.so, bila anytime korang lepak dengan kawan2 korang dia akan rasa selamat and boleh percaya.
5)Walau macam mana bz pon try in touch dengan dia
yang ni lagi satu perkara yg korang perlu ambil berat. yes memang kalau bz kita agak susah nak mesej apatah lagi nak buat call kan. tapi cuba try cari masa sikit at least seminit untuk send satu mesej kat dia. bagitahu keadaan sebenar. jangan senyap langsung. dengan cara ni dia dapat rasa yg korang ingat kat dia.ni tak. kalau bz seharian tak mesej langsung!
![]() |
| fuiyo! hot nye mamat nie! |
6) say i love you,errrrrr =.='
"ala..hari2 kot aku cakap benda alah ni.ko tak payah cakap pon aku dah tau la"
ok maybe korang ada cakap macam ni jugak kan. maksud aku dekat sini bukan yg tiap2 hari korang sebut tu. maksud aku kat sini, tengah2 korang dok lepak2 ke minum kopi sambil korek hidung cuba send mesej 'i love u' kat dia secara tiba2. kiranya macam surprise la kot. konon ni first mesej korang kat dia pada hari tu. hish. tak retilah aku nak explain macam mana. tapi aku teringat dulu time kem motivasi fasilitator tu suruh hantar mesej kat abah masing2 tulis 'i love u' je abah aku ingat aku buang tebiat. nampak sangat aku tak pernah cakap i love u kat abah aku secara direct even aku memang sayang gila kat abah aku.hihihihi
![]() |
| errr...maybe tak perlu lah over cam ni. cukup sekadar i love u. cewah. |
oklah. doktor cinta dah penat. lain kali kita sambung ek? boboii!
p/s:Untuk berterus terang,segalanya dicopy dari blog http://misznath.blogspot.com,kalau nak tengok apa-apa yang lebih menarik,rajin-rajinlah melawat blog dia atas. Thehehe okay byebye :))





