keterangan lebih lanjut


Hye cutie

Ya ya rasa memang dah lama aku tak update blog kan tapi alah takdelah lama mana pun kan. Okay haritu kalau korang ada baca (kalau BACA lah kan) aku punya latest update ialah berkenaan yang aku dapat masuk Uitm,foundation in law. Sabaq na,nak cerita ni hikhik

Klik untuk paparan yang lebih jelas

Sebenarnya aku taknak pun jadi lawyer,seriously memang bukan cita-cita aku mahupun dalam angan-angan di kayangan. Memang TAK,masa kecik-kecik dulu sekolah rendah pun target paling tinggi nak jadi cikgu je. Memang tak berwawasan betul kan aku ni tsk tsk tsk Sebab masa mohon upu tu pun aku punya pilihan no 1-4 adalah berkenaan medic. Ya aku memang nak jadi doktor tapi aku taknak bedah orang. Aku rasa Tuhan tahu aku tak boleh jadi doktor sebab nanti kalau aku jadi doktor tak pasal-pasal orang yg dah sedia ada sakit jadi bertambah-tambah plak sakitnya buat dek aku. Yedak gitu? Kejamnyaa dunia HAHA Tapi bila dah dapat asasi undang-undang ni jadinya aku kena set-kan balik minda aku yang aku akan belajar law,jadi student law and everythings are about law law law,day and night.. Cewahhh~

Masa mula-mula dapat aku macam tak berapa suka pun course ni. Tapi lepas tu aku buat research pasal law and tanya lagi orang yang ambik law and yeah it is not as bad as i thought. So okaylah ni boleh lah ni nak ambik law ni HAHA. So you,pray for me eh eh. Aku nak masuk sana 2 Jun ni so tau-tau jelah kan borang belambak kena isi dengan kena buat medical check-up lagi ah memang aku lemah semangat bab-bab nak pergi hospital ni -__-



Bye Kolej Komuniti dan kawan-kawan sekalian :'(

Sehingga ketemu lagi,jaga diri semua. Eh? BYE


@ALL RIGHT RESERVE BY SYAHIRAH TAJUDDIN